Thursday 4 June 2009

Kerani Kerajaan Brunei

1.Menaip persuratan termasuk penyemakan (proof reading),sistem failing dan susulan.
2.Tertakluk kepada fungsi jabatan/bahagian/unit tanggungjawab juga termasuk pengurusan kewangan,memproses permohonan dan pentadbiran pejabat.
3.Melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang disenaraikan oleh kementerian/jabatan di dalam huraian tugasnya (job description).
4.Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkn pegawai atasan dari semasa ke semasa.
Interview :
1.Apa erti perkhidmatan awam?
=Ialah memberi kesefahaman kepada orang ramai bahawa pihak Kerajaan adalah bergiat meningkatkan lagi kelancaran dan keberkesanan pemberian perkhidmatan awamnya melalui berbagai proses peningkatan dan jaminan kualiti kerja dalam perjalanan kita kearah kecemerlangan dalam perkhidmatan.
2.Nama-nama kementerian?
-Jabatan Perdana Menteri.
-Kementerian Pertahanan.
-Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.
-Kementerian Kewangan.
-Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
-Kementerian Pendidikan.
-Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.
-Kementerian Hal Ehwal Ugama.
-Kementerian Pembangunan.
-Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
-Kementerian Kesihatan.
-Kementerian Perhubungan.
3.Tarikh hari islam?
4.Apa erti Microsoft Excel.Apa kegunaannya?
=Microsoft Excel merupakan satu perisian yang terdapat didalam pakej Microsoft Office yang dibina bagi tujuan pengiraan dan membina graf.Penggunaan Microsoft Excel sama seperti penggunaan Calculator secara umumnya tetapi lebih teratur cara penggunaanya, sistematik dan dapat melakukan pelbagai aktiviti pengiraan dengan kaedah atau formula yang telah disediakan didalam Microsoft Excel.
5.Ciri-ciri seorang kerani?
=Sopan santun, jujur, amanah, berdisiplin, beri senyuman ketika berinteraksi dengan orang ramai, menyiapkan kerja-kerja dengan cepat, bijak & sempurna.
6.Apa dibuat selepas menerima tugas dari pegawai?
=Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan daripada pegawai atasan, membuat catitan didalam buku harian dan menyediakan laporan.
7.Lesen kereta, status, tarikh lahir, nama, pernah bekerja atau tidak?
8.Siapa pengarah SPA?
=Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Saifon bin Haji Awang Besar.

No comments:

Post a Comment